‘Perfect duo’, saya sangat sayangkan mereka – Engku Aleesya

Demikian kata puteri kesayangan primadona jelita Erra Fazira iaitu Engku Aleesya mengenai pernikahan ibunya dengan usahawan Ezwan Zain.

Menurut Aleesya atau nama lengkapnya Engku Aleesya Engku Emran, 16, ibu dan bapa tirinya itu pasangan sempurna yang saling melengkapi.

Uncle Ezwan sangat ‘soft spoken’ tapi mak saya pula seperti tomboi. ‘Perfect duo’.

“Saya harap mereka bahagia bersama. Saya sangat sayangkan mereka berdua,” katanya dalam sebuah video yang kini tular dalam media sosial.

Menerusi penyatuan dua jiwa itu, Aleesya kini ada saudara tiri sebaya iaitu Dania Sofea yang merupakan anak tunggal Ezwan.

Hari ini, Erra dan Ezwan sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Kampung Melayu Subang.

Kedua-dua mempelai diiringi anak gadis masing-masing sewaktu berarak masuk menuju singgahsana perkahwinan.

Dalam majlis serba indah itu, lebih 300 tetamu diundang membabitkan ahli keluarga terdekat kedua belah pihak serta sahabat handai. – HIBGLAM