Kasihan Neelofa, pakai jeans longgar pun kena hentam

Perkara tersebut hangat diperdebatkan netizen selepas ibu kepada dua cahaya mata itu memuat naik video memakai kemeja yang dipadankan celana jeans.

Sesetengah pemerhati memberikan teguran penampilan Neelofa dilihat kurang bersesuaian dengan imej wanita berniqab apabila menampakkan bentuk pahanya.

Begitupun, rata-rata peminat mempertahankan Neelofa dengan menegaskan seluar digayakan isteri PU Haris itu longgar.

Sekali tengok memang tak nampak pula imej tak elok atau kurang manis. Apa pun janganlah asyik cari salah orang, kasihan Neelofa.

DIVA: Apa cerita isu bagasi Noor Nabila hilang?

CAPTION

SEGELINTIR individu menegur penampilan Neelofa tidak sesuai dengan imejnya yang berniqab.