Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, sebelum ini dia enggan berkongsi berita gembira kerana bimbang kisah keluarga menjadi perhatian umum.
“Ya, kami masih suami isteri, doakan yang baik-baik untuk kami. Sekarang, kami bersama sebagai sebuah keluarga.
“Cuma saya memang tidak suka hendak hebohkan tentang perkara ini kerana saya sendiri tidak tahu perjalanan. masa depan. Tidak boleh terlalu yakin,” katanya meleraikan tanda tanya ramai tentang status perkahwinannya.
Sungguhpun begitu penyanyi lagu Gila itu, enggan berkongsi butiran terperinci tarikh mereka kembali rujuk kerana menyifatkan perkara tersebut terlalu peribadi.
Tambah Kaka keutamaannya kini adalah kebahagiaan anak-anak dan dia sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi memastikan mereka membesar dalam sebuah keluarga yang sempurna.
“Keutamaan hidup saya buat masa ini adalah anak-anak kerana itu amanah yang diberikan oleh Allah. Kebahagiaan anak-anak lebih penting daripada kebahagiaan saya sendiri.
“Sebagai orang dewasa yang matang saya boleh cari kebahagiaan di tempat lain. Sebaliknya, anak-anak hanya ada keluarga,” luahnya ketika ditemui pada majlis Exclusive Showcase X Listening Party di Bijou Cafe, Petaling Jaya, di sini semalam.
Sementara itu, Kaka turut mengakui dia kini lebih berhati-hati berkongsi perkara peribadi di media sosial kerana bimbang akan penyakit ain.
“Dulu mungkin saya terlalu naif dan tak percaya penyakit ain, tetapi apabila melaluinya sendiri saya rasa memang kena jaga (perkongsian hal peribadi).
“Bukan tidak mahu kongsi perkara baik, cuma selepas apa yang saya lalui dan kehidupan kacau-bilau, rasanya cukuplah, tidak perlu terlebih kongsi,” ujarnya.
Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan, 6, Aryan, 4, serta Atta Adam yang kini berusia setahun. Pasangan itu dilaporkan sah bercerai talak satu dan pengesahan tersebut dibuat secara ekspres di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Oktober tahun lalu. Namun, sejak awal tahun 2025 timbul desas-desus yang mereka telah kembali bersama.
Dalam perkembangan lain, Kaka kini kini muncul dengan sebuah album baharu, Kaka Azraff akhirnya mengakhiri penantian peminat dengan membawa buah tangan berbentuk album sulungnya MPT, yang diambil dari perkataan empati. Album berkenaan menampilkan enam
Album berkenaan menampilkan enam buah lagu iaitu Berubah, Cabar, Arguments , Bully, Takleh Usik dan Aku yang masing-masing membawa naratif tersendiri. – HIBGLAM
