‘Itu bukan menangis, itu geram, saya nak berpisah!

Sejak pendedahan mengejutkan ramai itu, akaun media sosial Uqasha diserang bertubi-tubi oleh netizen yang menyebelahi Kamal dan menuduh aktres itu memutar belit cerita selain berpura-pura menangis ketika ditemu bual wartawan.

Tidak berdiam diri, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dilihat membalas komen-komen netizen yang menghentamnya.

“Excuse me. Itu bukan menangis, itu geram pendam dah lama. Kau orang nak apa? Saya nak berpisah! Itu pilihan saya!

Kenapa tak nak lepaskan? Kalau semua buruk dekat saya. Pertahankan apa lagi kalau saya ni isteri yang jahat. Untuk apa?,” tulisnya membalas tuduhan netizen.

Tidak terhenti di situ, pelakon drama Jika Benar Cinta Itu Buta itu  turut membidas netizen yang memintanya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Minta dia (Kamal) ceraikan saya. Insya-Allah hidup saya tenang. Ingat dengan cara macam ni saya akan bahagia dengan dia?,” tulisnya.

Semalam Uqasha mendedahkan berdepan keganasan rumah tangga sehingga mendorongnya memfailkan perceraian terhadap aktor berkenaan.

Dakwanya, penderaan itu berlarutan dalam tempoh empat tahun perkahwinan mereka termasuk ketika hamil sehingga dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira, 19 bulan.

Terdahulu, keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara kedua-dua keluarga tidak mencapai kata sepakat apabila Kamal masih ingin mempertahankan rumah tangga mereka.

Susulan itu, Hakim Syariah melantik hakam iaitu perunding tara bagi sebutan seterusnya yang dijadualkan pada 12 Januari 2026. – HIBGLAM