Cardi menerusi beberapa hantaran Instagram memuat naik foto memaparkan dia memakai busana serba hitam termasuk bersenam dengan pakaian labuh dan longgar selari dengan tuntutan negara tersebut untuk mana-mana selebriti yang hadir dalam acara hiburan.
“Hello Arab Saudi, halal B sudah tiba,” katanya.
Dia juga juga berkongsi video memaparkan dirinya lengkap memakai jubah dan hijab sambil berlari di atas alat senaman (threadmill) dan memberi salam.
“Assalamualaikum, masya-Allah,” katanya lagi.
Difahamkan, kehadirannya di Arab Saudi adalah untuk membuat persembahan di Festival Soundstorm 2025 di Riyadh, bersama beberapa artis popular lain.
Perkongsian tersebut meraih pujian ramai yang rata-ratanya menjadikan dia contoh penyanyi antarabangsa lain agar menghormati budaya dan agama di negara lain.
“Waalaikumsalam halal B, luculah!
“Dia memang epik! Hello hajah Cardi!
“Dia penghibur dan bagusnya hormat agama di negara lain,” komen netizen. – HIBGLAM
