Menurutnya, kenduri rakyat adalah bagi menepati janjinya kepada peminat yang tidak berhenti menyokong dan mengundinya sehingga memenangi kategori tersebut.
“Biasalah orang berkempenkan, berjanji macam-macam. Jangan makan diri, risau juga ni.
“Saya ada cakap nak tumbang lembu atau kambing. Cuma tumbang itu maksudnya apa? Tolak jatuh ataupun memang betul-betul kita kena korbankan?
“Apa pun, insya-Allah, doakanlah ada rezeki, kita akan berkumpul ramai-ramai untuk kenduri rakyat itu,” katanya.
Dalam masa sama, dia juga masih terkejut memenangi kategori tersebut yang dianggap hadiah bermakna dalam perjalanan kariernya sebagai penyampai radio.
“Demi Allah sebenarnya tak sangkap anugerah ini untuk saya sebab ada lagi yang lebih layak dan berpengalaman daripada saya.
“Saya pesan pada peminat jangan berhabis duit sebab takut tak dapat bagi apa-apa untuk mereka.
“Kemenangan ini bukan kepunyaan saya seorang tapi milik bersama termasuk radio Kool FM yang saya naungi,” jelasnya.
Menerusi kemenangannya, Haiza menewaskan pesaing terdekat iaitu DJ Lin, DJ Sonic, Cik Piah dan AG. – HIBGLAM
