Ujar Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, personalitinya masih sama seperti dahulu malah tiada istilah kejutan budaya memandangkan dia sememangnya dibesarkan di bandar.
“Cakap kita kejutan budaya, sedangkan saya bukan dari kampung. Saya memang membesar di bandar.
Mungkin mereka tidak kenal saya. Cuba ‘scroll’ lagi Instagram saya. Suka komen melulu tanpa usul periksa,” katanya dalam Threads.
Tambah pelakon Impiana: Karma itu, caci maki yang dihambur kepadanya seolah-olah datang tanpa usaha memahami situasi sebenar.
Pun begitu, dia memilih untuk menjaga kesihatan mental serta tidak mahu lagi memberi ruang kepada komen berunsur provokasi.
“Selepas itu, ada pula yang turut serta hentam sekali. Awak tak faham pun konteksnya apa tapi masih kata itu ‘teguran.’
“Ya Allah, naik menyampah dengan orang macam ini. Mental penat melayan manusia konon-konon baik ini,” luahnya.
Rata-rata netizen yang memerhati situasi tersebut melontarkan pelbagai pandangan dan reaksi berbeza.
“Orang muda, makin naik mesti la ada perubahan gaya. Tak semestinya culture shock tapi kena muhasabah diri jugak, kalau ramai cakap macam tu, berkemungkinan dakwaan itu betul,” komen seorang netizen.
Duduk kampung je ke boleh kejutan budaya? Awak ingat kat bandar tiada semua tu? Awak yang kena faham konteks, jangan reti baca skrip je, kena bijak juga baca situasi,” ujar peminat.
“Dalam dunia hiburan memang awak kena tempuh semua ini. Kalau tak mahu orang bercakap, jangan jadi artis. Semua orang melalui fasa masing-masing,” ujar seorang pengguna media sosial.
Sebelum ini, kecoh dalam media sosial apabila netizen mendakwa pelakon itu semakin sombong serta berkelakuan liar, kononnya terkesan dengan gaya hidup baru hingga berubah berbanding sikapnya yang lebih sopan suatu ketika dahulu.
Namun, tuduhan tersebut terus dipertikaikan peminat setia yang menganggap perubahan personaliti seseorang tidak boleh dinilai melalui klip pendek atau satu dua momen yang tular. – HIBGLAM
