‘Bukan semua duda bak malaikat, janda macam syaitan’

Ujar Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, 47, dia pelik dan kesal dengan persepsi kolot masyarakat yang berat sebelah dalam menilai status seseorang selepas bercerai.

Nak tanya, kenapa bila jadi duda semua sibuk nak kenal, tapi bila perempuan jadi janda, terus dipandang serong?

“Bukan semua duda bak malaikat dan bukan semua janda tu macam syaitan. Faham tak?,” katanya dalam Threads.

Luahan tersebut mencetuskan perbualan hangat dalam media sosial, sekali gus membuka ruang kepada orang ramai berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa masyarakat masih terperangkap dalam stigma lama.

Status janda atau duda bukan ukuran akhlak. Baik buruk manusia bukan pada gelaran tapi perangai. Betul kata Datuk. Kadang duda disanjung sebab ‘single again’, tapi janda ditekan seolah mereka punca masalah,” tulis pengikut.

“Dunia moden pun masih ada yang suka menilai perempuan lebih keras berbanding lelaki. Tak adil langsung. Sampai bila mentaliti lama seperti ini nak kekal?,” komen netizen.

“Tak semua perkahwinan berakhir sebab silap wanita. Ramai janda kuat, berdikari dan lebih matang selepas melalui fasa sukar,” tambah pengguna media sosial.

Untuk rekod, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16, Ahmad Fieradz Shah, 15, Ahmad Fierudz Shah, 14, serta Alayna Selma, 8.

Pasangan itu sah bercerai pada Oktober 2024 selepas penyanyi tersebut memfailkan perceraian beberapa bulan sebelumnya. – HIBGLAM