‘Bertahun aku sabar, kontraktor penipu, gila’ 

Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 37, berkata, hasil kerja tidak sempurna menyebabkan dia terpaksa mengupah kontraktor lain bagi melakukan kerja baik pulih pada bilik air di kediamannya itu.

Dah bertahun aku sabar. Hampir tiada (sabar) yang tinggal. Aku benci kontraktor lama. Penipu. Scammer. Gila,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Menerusi hantaran tersebut, suami kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat itu turut memuat naik video yang menunjukkan seorang pekerja membaiki kerosakan.

Jumpa macam-macam lagi yang dia tipu walaupun selepas dia dah belah. Bayangkan, dia buat bilik air tapi rupanya paip tak sambung dari atas, dalam dinding.

“Jadi air mengalir dalam dinding dan keluar daripada palam soket. Pecah balik, baiki, sekarang pasang jubin semula,” ujarnya.

Perkongsian itu meraih simpati netizen, malah ramai berkongsi pengalaman berhadapan situasi sama sehingga perlu mengeluarkan kos tinggi untuk kerja pembaikan.

Tidak kurang juga pengikutnya meminta nama syarikat terbabit didedahkan kepada umum agar tiada lagi pemilik rumah menjadi mangsa kontraktor scammer.

“Dedahkan agar orang lain tak kena. Bukan fasal tutup periuk nasi, tapi sebab dia memang tak cekap dan tak layak bagi servis,” kata netizen.

Terdahulu, Nabil bersama Ayda serta dua anak mereka berpindah ke rumah baru mereka pada Jun lalu selepas empat tahun tinggal bersama keluarganya. – HIBGLAM