Sama seperti situasi yang dilalui penyanyi Zehra Zambri ketika ini sehingga merayu mana-mana penganjur acara agar menawarkan peluang pekerjaan kepadanya demi kelangsungan hidup.
Lebih menambah beban, Zehra, 38, berkata dia juga perlu menanggung perbelanjaan anaknya namun semuanya tidak berjalan baik apabila tiada sebarang tawaran pekerjaan.
“Saya berada di fasa yang sangat kritikal dan harus memulakan hidup saya dari bawah semula. Anak perlu saya nafkahi.
“Perkahwinan lalu telah buat saya kehilangan banyak benda. Termasuk aspek kewangan saya sendiri yang telah dicabuli,” katanya dalam Threads.
Ujarnya, kali terakhir dia bergiat aktif sebagai penyanyi adalah ketika memyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 tahun lalu.
“Saya ingin bekerja semula, jika ada sesiapa perlukan khidmat saya untuk persembahan pentas boleh je hubungi saya.
“Kali terakhir saya sebagai Finalis GV11 lalu. Dari 2005 saya telah bergiat dalam industri seni suara,” ujarnya.
Bukan sahaja dalam bidang nyanyian, Zehra juga memohon diberikan peluang pekerjaan dalam dunia pengacaraan yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Selama sembilan tahun saya berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai wartawan penyiaran, pengacara Selamat Pagi Malaysia serta pembaca berita televisyen.
“Jika ada apa-apa peluang yang bersesuaian dengan bakat dan pengalaman saya ini mohon dipanjangkan,” jelasnya.
Menurut, wang yang diraih dari GV11 lalu terpaksa digunakan untuk membayar upah peguam.
“Gara-gara itu banyak perancangan saya tertangguh. Saya harap dengan luahan itu rezeki saya akan terbuka luas selepas ini.
“Kemudian sekarang ini banyak acara yang lebih kepada lagu-lagu tradisional. Jadi saya harap ada pihak menawarkan peluang itu,” katanya lagi.
Terdahulu, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun. Mereka bagaimanapun berpisah pada 19 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi, Selangor.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018. – HIBGLAM
