Jackman, 57, berkata, dia yang membawakan watak Gaston tanpa sengaja tidak dapat menahan untuk membuang air kecil sewaktu babak menyanyikan lagu Me.

Akuinya, sebelum itu dia yang mengalami sakit kepala disarankan doktor untuk minum banyak air berikutan masalah tersebut dikatakan berpunca daripada dehidrasi.

“Saya mengambil sekitar tujuh liter air pada sebelah pagi, disusuli dua liter lagi pada pukul 5 petang iaitu beberapa jam sebelum pementasan bermula.

“Ketika lagu pembukaan, saya mendendangkan lagu Me sambil mengangkat kanak-kanak yang membawakan karakter Belle. Ketika itulah saya tak sengaja terkencing,” katanya dalam satu temu bual.