15 tahun berlakon, Johan masih gemuruh?

Namun seorang teman yang mengikuti teater muzikal Uda & Dara lakonannya bergandingan dengan Zera Hariz, baru-baru ini, menyuarakan rasa pelik.

Bukan kerana lakonannya tidak menjadi atau kaku, ikutkan kesungguhannya menyanyi sepanjang dua jam pementasan itu wajar diberi pujian.

Cuma rakan yang kebetulan dua kali menonton teater anjuran Istana Budaya itu terkejut kerana Johan tampak gementar setiap kali pementasan berakhir.

Pelik katanya sebab itu bukan Johan. Kebiasaannya aktor yang menyerlah dalam filem Juvana seorang lelaki berkeyakinan tinggi.

Entahlah, mungkin bukan kerana gemuruh seperti disebut rakan Diva itu, mungkin sebab dah bertahun-tahun dia tak muncul di pentas teater?

DIVA: Teringin nak dengar ceramah agama RM850, naklah juga merasa usrah elit T20.