‘Tidak akan buka baju, hormat peraturan Malaysia’

Menurut Ruri atau nama lengkapnya Ruri Herdian Wantogia, 44, dia sudah terbiasa membuat persembahan di Indonesia sambil membuka baju dan menayangkan tubuh tegapnya.

Di Indonesia memang sudah biasa dan saya dikenali sebagai vokalis yang suka buka baju. Di Malaysia saya perlu berjaga-jaga. Saya harus menghormati peraturan di sini,” katanya kepada Kosmo Online. ‘Di Indonesia suka buka baju,

Sebelum ini tular dalam media sosial video Ruri membuat persembahan di khalayak ramai sambil menayangkan tubuh tegapnya tanpa memakai baju.

Perkara itu turut menjadi usikan dua hos GV12 iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad yang memintanya untuk membuka jaket.

Ditanya adakah dia selesa apabila menjadi bahan gurauan dua hos itu, kata penyanyi yang popular dengan lagu Selimut Tetangga itu, dia faham tentang jenaka tersebut dan tidak terasa hati.

Bercerita tentang perihal tubuh tegapnya, kata Ruri dia mula menitikberatkan soal penjagaan tubuh sejak lima tahun lalu disebabkan terkesan dengan kesihatan orang tuanya.

Orang tua saya sakit parah. Dia menghidap diabetes. Selama empat tahun dia sakit, saya yang menguruskan dia.

“Jadi saya mula sedar bahawa saya juga perlu menjaga kesihatan. Bonus untuk saya apabila tubuh saya menjadi lebih bagus,” kongsinya.

Kongsinya lagi, berlari setiap pagi sudah menjadi rutin hariannya selain melakukan senaman angkat berat di gimnasium. HIBGLAM