Ujar Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, situasi itu bukan sahaja mengundang rasa janggal, malah menyentuh perasaannya kerana bapanya kini sedang berjuang melawan strok dan dalam fasa pemulihan.
Kadang-kadang saya tak tahu nak ambil hati atau tidak. Ada pak cik mak cik yang tegur, ‘Oh, ni lah Ayda Jebat! Anak si Jebat Derhaka tu!’ sambil ketawa.
“Kan itu nama papa saya. Orang tu tengah berusaha nak pulih daripada strok, tapi boleh pula dijadikan bahan gurauan,” katanya dalam Threads.
Tambah pelantun lagu Temberang itu, dia tidak tahu bagaimana hendak memberikan reaksi apabila gurauan datang daripada orang yang lebih tua.
“Kalau orang muda, mungkin saya boleh tegur terus. Tapi sebab orang tua, saya cuma senyum sajalah.
Saya kongsi perkara ini sebab semalam hari lahir papa, dan kejadian itu pun baru berlaku. Jadi terasa sangat di hati,” jelasnya.
Perkongsian ibu dua anak itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami perasaannya serta menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dalam berjenaka.
“Lawak ada tempatnya. Bila bab melibatkan keluarga dan orang sakit, tolonglah jaga sensitiviti. Tapi orang tua ni begitulah, kalau tegur kata kita ini mudah terasa,” komen netizen.
“Kesian Ayda. Orang tua pun kadang tak sedar gurauan mereka boleh lukakan hati. Semoga ayah Ayda cepat sembuh,” tulis peminat.
Hati anak mana yang tak sedih bila ayah dijadikan bahan gurauan. Orang tua begitulah, kadang lebih biadab dari anak remaja,” ujar pengguna media sosial.
Penghinaan terhadap nama bapa bukanlah kali pertama berlaku kepada artis, sebelum ini selebriti seperti Anna Jobling, Aina Abdul turut ditimpa isu sama. – HIBGLAM
