Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat berkata, golongan ibu yang mengalami fasa penat menguruskan hal harian perlu mendedikasikan masa santai buat diri sendiri bagi kembali cergas.
Normal tak mak-mak rasa ‘burn out’ dan penat? Ya, normal. Kadangkala peruntukan masa untuk diri sendiri sahaja pun dah okey.
“Nikmati makan, jalan-jalan, window shopping (cuci mata), kemudian kita akan rasa segar semula,” katanya dalam hantaran video di media sosial.
Pada masa sama, ibu tunggal dua anak itu turut mendedahkan dirinya kini berada dalam fasa tersebut
Hari ini adalah hari saya rasa burn out. Ye ke? Atau sebab (memang) nak makan banyak,” tulisnya secara berseloroh.
Menerusi maklum balas dalam ruangan komen, rata-rata pengikut khususnya kaum ibu memahami situasi berkenaaan apabila pernah melalui situasi serupa.
Ramai netizen menyokong tindakan Puteri Sarah agar menghargai diri dengan melakukan aktiviti disukai sebagai cara meredakan emosi.
Memang normal, kalau boleh kita nak cari ruang sendiri. Tak nak anak jadi mangsa. Kita pun manusia biasa,” kata netizen.
Kebelakangan ini isu keletihan emosi dan fizikal hangat diperkatakan terutama membabitkan golongan hawa yang menggalas banyak tanggungjawab di rumah serta tempat kerja. – HIBGLAM
