‘Risau, jauhkanlah anak aku daripada maksiat, zina’

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 41, mengakui hatinya tidak tenang selain hanya mampu berdoa agar remaja terbabit dijauhkan daripada maksiat.

Ibu nampak abang (Hadie) bawa beg keluar dari rumah Amar, mesti tumpang tidur rumah Odah (Auddra).

“Ibu risau, ibu tidak boleh tidur malam.

“Sampaikan ibu berdoa, ‘Ya Allah, jauhkanlah anak aku daripada maksiat dan zina’,” katanya dalam sebuah siaran langsung di laman sosial.

Difahamkan, ketika itu Hadie juga peserta program Talk To My Manager (TTMM) sedang membuat siaran langsung sambil menerima nasihat daripada ibunya di dalam kereta.

Tambahnya lagi, perasaan risau lahir daripada naluri seorang ibu yang sentiasa ingin memastikan anak-anak berada di jalan benar dan tidak terjebak dalam perkara dilarang agama.

“Ibu sangat risau. Syaitan kalau nak hasut manusia, sesiapa sahajay syaitan boleh hasut.

Orang pakai kopiah atas kepala pun boleh letak tepi kopiah dia.

“Ibu dah 41 tahun hidup, pelbagai dugaan dan ujian. Ibu gelisah, nak tidur pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Itulah naluri seorang ibu,” ujarnya lagi.

Sejak menyertai TTMM, Hadie, Ammar dan Auddra sangat akrab sehingga menamakan diri mereka sebagai Trio Mut.

Malah, mereka juga sering meluangkan masa bersama walaupun program tersebut sudah berakhir. – HIBGLAM