Ujar Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali, 45, majlis ilmu membantu memperbetulkan jiwa serta menjadi bekalan untuk kehidupan selepas mati.
Majlis ilmu ini ibarat pusat servis bagi saya. Kadang ‘alignment’ iman lari, jadi perlu servis semula.
“Sama seperti kita tukar minyak hitam atau servis pendingin hawa untuk elakkan kerosakan.
“Bukan sebab rasa diri baik. Saya pergi sebab nak jadi lebih baik. Ilmu inilah nanti jadi bekal bila kita dah tiada,” katanya dalam Threads
Tambah adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima itu, majlis ilmu memberi ruang untuknya kembali ke landasan sewaktu hati mula lalai.
Kalau rasa nak tersasar, pergi majlis ilmu. Insya-Allah Allah tarik balik ke jalan betul.
“Kalau ada kekurangan, salahkan diri sendiri sebagai manusia yang buat dosa.
“Jangan salahkan majlis ilmu. Cuba pergi dan rasa sendiri ketenangan yang Allah bagi,” ujarnya.
Rata-rata netizen memuji usaha Betty memakmurkan sunnah menuntut ilmu selain mengajak orang ramai ke jalan kebaikan.
Antara komen termasuk harapan agar lebih ramai selebriti mencontohi sikapnya selain doa agar kekal istiqamah dalam mencari keredaan Tuhan. – HIBGLAM
