Leona jadi hantu pun cantik!

Pujian sebegitu yang banyak diterima Kasih Iris Leona atau Leona baru-baru ini selepas muncul memakai kostum hantu pengantin wanita yang difahamkan sempena perayaan Halloween.

Memakai dres berwarna kelabu, rata-rata netizen berpendapat Leona tetap cantik meski tampil dengan karakter hantu.

“Kenapa Leona bersolek begini semakin cantik? Kalau aku mesti macam hantu Kak Limah.

“Ini hantu paling cantik yang pernah aku tengok. Pandai Leona pilih karakter,” komen netizen.

Namun, dalam masa sama ada juga segelintir mempersoal tindakan Leona kerana menyambut Halloween yang umum tahu haram diraikan oleh umat Islam.

Diva enggan ulas panjang mengenai perkara tersebut sebab dia juga sudah dewasa dan tahu mana baik dan buruk. Doakan yang baik-baik ya.

DIVA: Bangga tengok banyak filem Malaysia yang semakin berkualiti.