‘Kahwin tak wajib, kenapa orang selalu fikir?’

Demikian kata pelakon sensasi, Fatiya Latiff yang tertanya-tanya mengapa orang selalu memikirkan soal jodoh sedangkan baginya perkahwinan bukan satu kewajipan.

Menurut Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38,silap memilih pasangan boleh membawa kepada penderitaan dan akhirnya menjerumuskan kepada penceraian.

“Selepas itu kalau salah pilih pasangan nanti bercerai juga atau terseksa seumur hidup. Hari-hari tengok muka pun bosan juga,” katanya dalam Threads.

Rata-rata bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Ariana Rose itu dan berpendapat hidup sendirian juga mampu membawa kebahagiaan.

Betul, kahwin bukan wajib. Salah pilih pasangan boleh buat hidup stres, bosan atau bercerai. Hidup sendiri pun boleh bahagia, paling penting pilih ikut hati bukan tekanan orang,” tulis pengikutnya.

“Segelintir orang letak perkahwinan dengan anak sebagai sasaran hidup. Ada yang tak masukkan pun, selagi awak gembira maka okey saja,” ujar seorang lagi peminatnya. – HIBGLAM