Perkara itu diakui pelakon Jennifer Lawrence yang pernah mengalami depresi atau meroyan selepas kelahiran anak keduanya, Louie pada awal tahun ini.
Katanya ketika pelancaran filem Die My Love, fasa itu merupakan momen paling sukar kerana sentiasa beremosi.
Lawrence mengakui tidak pernah berdepan pengalaman sebegitu ketika melahirkan putera sulungnya, Cy yang kini berusia tiga tahun.
“Saya tidak pernah mengalami depresi pasca bersalin yang teruk sehinggalah lahirnya anak kedua.
Rasanya seperti ada lapisan lain yang tercetus dalam diri sekali gus buat emosi turun naik dan mengakibatkan saya tiba-tiba menangis,” katanya ketika diwawancara media.
Begitupun sokongan keluarga terutama suaminya, Cooke Maroney membantunya kembali tenang.
Filem Die My Love juga merupakan kemunculan pertamanya di layar perak yang turut menonjolkan karakter sebagai seorang ibu. – HIBGLAM
