Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata, ada dalam kalangan rakannya yang langsung tiada inisiatif bertanya khabar menerusi mesej sekali gus menyifatkan dia tidak rugi andai menjarakkan hubungan.
“Langsung tak tanya khabar. Nak taip ‘get well soon’ pun susah kan? Sesuai lah dengan kau, aku terus unfollow (nyah ikut).
“Anda bukan kawan saya, anda adalah musuh dalam selimut. Minta dijauhkan dengan sikap manusia macam ini,” katanya menerusi hantaran di laman sosial.
Begitupun, Nadia tidak mendedahkan pihak dimaksudkan mahupun memberi bayangan rakan yang didakwa tidak menghiraukan keadaannya itu.
Bagai memahami luahan, ramai peminat menyokong tindakan pelakon drama Akulah Balqis itu memandangkan insan yang dianggap sahabat tiada rasa empati terhadapnya terutama pada situasi sukar.
Sebelum ini Nadia pernah berkongsi hantaran dalam platform Threads berkenaan kondisi kesihatannya akibat Influenza A.
Katanya, tekaknya turut berdarah selain mengalami batuk berpanjangan yang membuatkan ramai bersimpati dengannya.
Sebagai info, jangkitan Influenza A yang mengakibatkan demam juga menyebabkan pesakit mengalami simpton lain termasuk sakit sendi. – HIBGLAM
