Ada yang komen ‘dulu bertudung, kenapa sekarang seksi?’

Namun, kali ini bukan kerana lakonannya tetapi akibat salah faham yang berpunca daripada babak panas dalam drama Safira (Bukan Nama Sebenar).

Menerusi adegan tersebut, penonton dikejutkan dengan aksi mesra seorang wanita di atas katil bersama pelakon Hazeeq Deen hingga ada menyifatkannya keterlaluan.

Bagaimanapun, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 30, menegaskan tidak melakonkan adegan ranjang sebaliknya menggunakan ‘stunt double’ bagi menggantikan dirinya. 

Penjelasan tersebut ternyata tidak meredakan keadaan sebaliknya suaminya, Datuk Mohd. Haniff Borhan turut dikecam netizen.

Ada yang komen macam ‘dulu berlakon pakai tudung baik saja, kenapa pakai seksi macam ini?’, ‘kenapa ambil tawaran kerja macam ini?’ dan ada yang kecam suami saya juga. 

“Macam saya jelaskan sebelum ini, tak boleh buat apa. Saya elakkan baca semua komen.

“Susah untuk saya puaskan hati semua orang. Jadi, lebih baik untuk tidak melayan kata-kata negatif,” katanya kepada HibGlam. 

Bagi wanita berusia 30 tahun itu, hidup sebagai selebriti tidak mungkin terlepas kritikan dan kecaman, justeru dia belajar berpegang dengan satu prinsip iaitu menjadi diri sendiri.

“Saya rasa semua selebriti hadap benda benda sama dan kita semua ada pendapat masing-masing. 

“Sebenarnya saya tak nak komen lebih-lebih, dalam media sosial saya hanya kongsi apa yang rasa perlu kongsi.  

“Bukan buat apa yang orang nak untuk puaskan hati mereka. Jadi, saya rasa kalau kita hidup untuk please people, susah juga kan?,” ujarnya lagi.

Emosi terkesan

Mengulas lanjut tentang drama Safira (Bukan Nama Sebenar), Elvina melakonkan watak Nilam, gadis yang ingin mengubah nasib daripada hidup sebagai golongan B40 dengan memasuki dunia T20.

Dengan menukar nama kepada Safira banyak perubahan perlu dilakukan termasuk penampilan.  

“Cabaran terbesar adalaha apabila melakonkan karakter berbeza iaitu Safira dan Nilam. Boleh dikatakan semua babak mencabar. 

“Kita pula tak dapat semua skrip, hanya sebahagian sebelum penggambaran bermula. Bila dah ‘shooting’ baru tahu ada babak panas dan mengundang kontroversi.  

“Disebabkan sudah terima tawaran kerja ini dan penggambaran pun dah bermula, kita kena teruskanlah,” kongsinya. 

Namun, di sebalik lakonan penuh jiwa itu, mental dan emosinya turut diuji.

Susah sebenarnya dan saya perlukan banyak tunjuk ajar daripada pengarah sebab penggambaran ini bagi kesan terhadap mental saya. 

“Ada komedi, ada babak yang sangat sedih. Banyak bermain dengan turun naik emosi, jadi sangat mencabar. 

“Sepanjang menjalani penggambaran boleh dikatakan saya melalui detik emosi yang tak stabil. Sangat berat,” jelasnya. 

Drama Safira (Bukan Nama Sebenar) yang diarahkan Ejump Mohd sudah mula bersiaran di aplikasi iQIYI pada 7 November lalu dan turut dibintangi ramai bintang hebat iaitu Redza Rosli, Datuk Aaron Aziz, Sazzy Falak serta Hazeeq Dean.