Bagaimanapun, Farizat tidak memperincikan penyakit yang dihidapi Syura atau nama penuhnya Zuraidah Badron, 39, sebaliknya memaklumkan bahawa penyanyi itu masih ditempatkan di Unit Pergantungan Tinggi (HDU) bagi pemantauan rapi oleh doktor.
Alhamdulillah awal pagi ini bacaan tekanan darah dah nampak normal sikit.
“Tapi masih di HDU. Perlu dipantau doktor ‘one to one’ (close monitor), ” katanya dalam InstaStory.
Pada masa sama, Farizat lega apabila menerima panggilan daripada Syura awal pagi tadi dengan nada suara yang ceria selepas menjalani rawatan sejak semalam.
“Cucuk sana sini, sabar ya sayang. Lega Abie (nama panggilannya) dengar dapat panggilan sayang awal pagi ini dengan suara ceria.
“Allah bagi nikmat, ada hikmah besar insya-Allah,” ujarnya.
Tambahnya, dia menzahirkan ucapan terima kasih atas keperihatinan ramai dan memohon semua pihak tidak putus mendoakan kesihatan isteri tercintanya.
“Terima kasih dan kalian jangan putus doa untuk Syura,” tuturnya.
Sebelum ini, Farizat memberitahu isterinya dirawat di HDU di sebuah hospital dan mendoakan kesembuhan Syura.
Dalam hantaran yang dimuat naik, Farizat memegang tangan isteri yang sedang terbaring di katil hospital serta dipenuhi dengan alat pemantauan kesihatan. – HIBGLAM
