Demikian kata pelakon Kamal Adli yang mengakui mengakui melalui tempoh Sukar dan merindui isterinya, Uqasha Senrose apabila sebulan tidak bertemu.
Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, memaklumkan semua saluran komunikasi disekat menyebabkan dia tidak dapat berhubung dengan isterinya.
“Agak lama jugalah iaitu sejak dia menyekat saya di telefon dan media sosial,” katanya kepada HibGlam hari ini.
Hero drama Dia Imamku itu turut menegaskan tidak pernah berlaku curang terhadap Uqasha.
“Paling penting, saya nak beritahu di sini saya tak curang.
“Saya tak ada orang lain, tiada sesiapa. Saya hanya ada dia (isteri) dan anak saya sahaja, okey?,” tegasnya.
Ditanya mengenai dakwaan melakukan keganasan rumah tangga, Kamal menafikan perkara tersebut selain menyeru orang ramai tidak membuat tuduhan melulu yang boleh menjejaskan nama baik kedua-dua pihak.
Itu dakwaan sahaja bukan? Tak payahlah, buktikanlah (kalau ada).
“Itu kes dalam kain, apa-apa semua, janganlah buat itu.
“Saya sayang dia. Okey, itu sahaja yang paling penting,” katanya lagi.
Sebelum ini, prosiding pertama perceraian pasangan berkenaan yang dijadualkan pada 22 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan susulan ketidakhadiran pihak defendan yang ketika itu sedang menjalani penggambaran.
Rumah tangga pasangan selebriti itu dikatakan mula bergolak sejak April lalu, namun sumber terdekat menjelaskan bukan berpunca daripada orang ketiga.
Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap bersama ibunya.
Sebelum ini juga, beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet mengenai status hubungan mereka.
Untuk rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira. – HIBGLAM
