Itu yang tular dalam media sosial baru-baru ini apabila ada yang menyunting lagu milik kumpulan Hujan dan Bunkface menjadi versi nasyid!
Lagu yang ditukar itu ialah Aku Skandal (Hujan) dan Darah Muda (Bunkface).
Paling lucu, rata-rata netizen mengakui dua lagu yang ditukar genre itu kedengaran sangat sedap dan tidak pelik!
“Ini bukan Aku Skandal tetapi sudah jadi Ana Skandal!
“Dah macam ‘vibe-vibe’ bulan Ramadan pula, kejang urat perut gelak.
“Selepas dengar versi nasyid, terus lupa lagu asal. Melekat dalam kepala!” komen netizen. – HIBGLAM
