Kim Kardashian diugut bunuh orang terdekat

Biarpun tidak mendedahkan identiti pelaku, perkara yang dikongsikan pada musim ketujuh program The Kardashians itu mengejutkan penonton kerana membabitkan nyawa.

“Ada orang terdekat yang ingin menghabiskan riwayat saya dengan mengupah seseorang. Penyiasat maklumkan,” katanya dalam klip pendek promosi rancangan realiti terbabit.

Namun bekas isteri kepada penyanyi sensasi, Kanye West itu langsung tidak memberi bayangan mengenai identiti individu yang mahu membunuhnya atau bila ancaman tersebut bermula.

Dalam klip promo musim ketujuh program realiti keluarga sosialit itu, momen mendebarkan yang menunjukkan Kim menangis dan kereta peronda polis tiba di depan rumahnya turut mencetuskan tanda tanya. – HIBGLAM