Menurutnya, perkara tersebut bersifat peribadi dan melibatkan hal keluarga yang seharusnya diselesaikan secara tertutup tanpa campur tangan pihak luar.
“Yang itu (isu tarikh nikah) saya tak nak komen apa-apa. Kita cuba selesaikan secara dalaman sebab berkaitan keluarga.
Setakat ini kita dah buat surat penjelasan kepada pihak peguam dia, menceritakan tentang situasi.
“Jadi, kita tak ada hasrat untuk berkongsi di sini dan harap benda itu dihentikan serta tidak dibahaskan. Cukup setakat itu saja,” katanya kepada HibGlam hari ini.
Sementara itu, pemilik nama lengkap Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, memaafkan isterinya atas kenyataan yang dibuat mengenai isu berkenaan.
“Itu isteri saya, walaupun kami tak jumpa tapi saya sebagia suami saya maafkan.
“Ada khilaf juga daripada saya sebenarnya. Itu maksudnya, benda itu bukan salah dia.
“Dia terkejut, ada benda yang kami perlu selesaikan bersama keluarga. Jadi, saya minta maaf sekali lagi untuk semua orang,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Uqasha membangkitkan isu mengenai kekeliruan tarikh dan waktu pernikahannya dengan Kamal selepas pulang dari mahkamah usai prosiding pertama permohonan cerai pada 22 Oktober lalu.
Sebelum ini, nama Kamal dan Uqasha menjadi bualan selepas tersebar spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka di ambang kehancuran pada April lalu.
Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 4 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira. – HIBGLAM
