Kami diseksa – Ardell Aryana

Itu perkataan yang diluahkan penyanyi Ardell Aryana dalam siaran langsung terakhirnya dari kapal Mikeno sebelum pengangkutan dinaiki mereka dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) dipercayai ditahan tentera Israel, pukul 6 pagi tadi.

Ardell atau nama sebenar, Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, dilihat berzikir beberapa kali dalam video dikongsikan ketika pada masa sama kedengaran suara lelaki bercakap dipercayai suara tentera.

Sebelum itu, Ardell sempat mengemas kemas cubaan tentera Israel memutuskan semua talian internet konvoi yang menyertai misi bantuan yang sudah masuk zon merah menuju Gaza.

“Saya sedang cuba sorokkan telefon saya. Tentera Israel sedang memutuskan semua talian internet. Kami sedang cuba sambung secara luar talian.

“Saya cuma tunggu peluang untuk siaran langsung semula. Doakan kami dan rakan-rakan kami,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Terdahulu, dia juga sempat berkongsi mesej daripada tentera Israel kepada flotila lain melalui signal radio di kapalnya mengugut untuk memenjarakan semua sukarelawan GSF.

Berdasarkan semakan, selepas ‘live’ sekitar pukul 6 pagi tadi, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa itu tidak lagi mengemas kini sebarang hantaran baru.

Sehingga pagi tadi, akaun laman sosial Sumud Nusantara Official melaporkan seramai 13 sukarelawan Malaysia ditahan rejim Israel termasuk penyanyi Zizi Kirana, Heliza Helmi dan pempengaruh Hazwani Helmi. – HIBGLAM