Menurut Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dia akan melakukan perkara tersebut walaupun sebelum itu sudah melakukan semakan secara online mengenai jenama terbabit.
“Adakah jenama ini dalam senarai boikot?
“Saya sudah menyemak di dua laman web tetapi jenama ini tidak tersenarai,” katanya membalas komen netizen yang bertanya selain bimbang jika Intan membeli produk pro-Israel.
Tambah Intan, dia meminta orang ramai memaklumkan kepadanya sama ada dia melakukan kesalahan dengan membeli jenama tersebut.
“Tolong beritahu jika saya ada tersilap.
“Kalau jenama ini pro-Israel, saya akan membuang semuanya sekarang, serius,” ujarnya.
Terdahulu, Intan memuat naik video ‘unboxing’ barangan perkakas dapur seperti cerek, set cawan dan pinggan yang baru dibelinya.
Perkara tersebut mengundang banyak soalan daripada netizen yang khuatir sekiranya Intan membeli jenama menyokong Israel.
Kebimbangan tersebut kini menular dalam media sosial sehingga wujud gerakan mahu memboikot mana-mana selebriti yang membeli, menyokong dan menggunakan jenama pro-Zionis ketika ini. – HIBGLAM
