Berita terbabit dikongsikan penyanyi itu sendiri yang kini rancak melakukan persiapan akhir sebelum ‘terbang’ menyertai pertandingan peringkat antarabangsa itu bersama pasukannya.
Berlatih layaknya bertanding, hari ini kami melakukan simulasi latihan terakhir sebelum berangkat untuk pertandingan international wushu di Emishan.
“Doakan Indonesia juara,” tulisnya dalam Instagram.
Pada hantaran tersebut, nenek kepada dua cucu itu berkongsi gambarnya bersama anggota pasukan melakukan persediaan akhir.
Menerusi hantaran video pula, ramai memuji ketangkasannya beraksi selain tidak kekok melentur badan pada usia separuh abad.
Perkongsian penyanyi Menghitung Hari itu mengundang maklum balas positif netizen yang kagum dengan kemampuan serta semangatnya.
Ternyata bukan suaranya sahaja yang bagus, KD (Krisdayanti) punya bakat lain. Respek,” kata pengikutnya.
“Tiba-tiba jadi atlet. Semoga dapat bawa pulang pingat buat Indonesia,” tulis seorang lagi netizen.
Difahamkan, Krisdayanti yang turut aktif di arena politik berjinak-jinak dengan sukan bela diri itu sejak beberapa tahun lalu bagi mengisi masa lapang sebelum serius sehingga dapat mewakili Indonesia. – HIBGLAM