Menerusi hantaran dalam Threads, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, menzahirkan ucapan terima kasih dan sayang kepada netizen yang menyokongnya.
“Kenapa tak suka saya angkat dulang? Okey, tak apa lepas ni saya angkat kerusi pula.
Saya sayang semua yang ‘back up’ saya. Yang tak ‘back up’ pun saya tetap sayang juga. Sebab inilah kehidupan, ada yang suka ada yang tak suka,” tulisnya.
Tambah pelakon drama Memori Cinta Suraya itu lagi, sebagai individu yang matang dia tidak akan sesekali membuka ruang kebencian.
Kita ‘chill’ sahaja sebab saya tak akan buka ruang untuk benci. Kalau kita belajar suka semuanya, hidup jadi lebih tenang. Hati jadi gembira,” tulisnya.
Terdahulu, ada netizen menyatakan hasrat mahu memboikot pembawa-pembawa dulang di majlis pernikahan Amira Othman dan Fattah Amin yang berlangsung Ahad lepas.
Menurut mereka, ada antara pembawa dulang tersebut merupakan talam Dua muka kerana turut bersahabat dengan bekas isteri Fattah iaitu Nur Fazura.
Selain Anzalna, antara selebriti yang menjadi pilihan Amira sebagai pembawa dulang ialah Ernie Zakri, Nabila Razali, Wany Hasrita, Qasrina dan Hawa Rizwana. – HIBGLAM