‘Sedia kembali belakon, tak pernah rancang bersara’

Puteri Aishah atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman, 31, berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan susulan kerap dihujani dengan pertanyaan mengenai statusnya sebagai pelakon selepas melahirkan anak sulungnya, Muhammad Faliq yang kini berusia setahun.

“Ramai orang tanya saya, ‘Puteri sudah tak mahu berlakon ke selepas ada anak?’

Soalan apa itu? Pastilah saya mahu (berlakon) dan tidak pernah merancang untuk berhenti.

“Bahkan, saya bersedia untuk kembali terlibat dengan penggambaran, insya-Allah,” katanya dalam platform Threads.

Puteri Aishah turut memaklumkan, dia akan tetap meneruskan dunia lakonan meski anaknya masih kecil.

“Ada juga orang tanya anak masih kecil lagi, macam mana nak kerja?

Ramai sahaja golongan ibu di luar sana habis cuti bersalin terus kerja.

“Kalau mereka boleh, saya tahu saya juga mampu,” ujarnya yang kali terakhir berlakon dalam drama Rajuk Karina sekitar 2023.

Aishah dan Firdaus Sulaiman mendirikan rumah tangga pada November 2021

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Faliq pada April tahun lalu. – HIBGLAM