Sah Fattah Amin, Amira Othman nikah Ahad ini

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, hadir dari belakang pentas ketika Amira dan Irfan Haris mendendangkan lagu berkenaan sebelum menyambung bait terakhir lagu itu dengan penuh emosi.

Lebih istimewa, pada penghujung persembahan, Irfan menyerahkan kunci kepada Fattah sebagai simbol penyerahan tanggungjawab seorang lelaki sebelum disampaikan kepada Amira, tanda restu sahabat baik terhadap perhubungan itu.

Acara penuh emosi itu turut disaksikan bapa Amira, Othman Abdul Kadir, 62, dan ibu, Nora Haji Arshad, 58, yang setia duduk di barisan penonton. Sorakan gemuruh hadirin mengiringi detik lamaran tersebut yang mengejutkan ramai.

Difahamkan, pasangan berkenaan memilih tarikh 14 September 2025 sebagai hari pernikahan, bertepatan dengan ulang tahun kelahiran bintang drama Suri Hati Mr. Pilot itu sendiri.

Sebelum ini, media sosial kecoh dengan khabar angin kononnya Fattah bakal menamatkan zaman dudanya selepas seorang pengguna Threads, Kimchikims_, mendedahkan maklumat tersebut daripada sumber dipercayai.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 namun berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia empat tahun. – HIBGLAM