‘Ramai pula DM ajak kahwin, takutlah’

Perkara tersebut dipercayai selepas sebuah artikel mengenai Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim yang masih bujang meski usia sudah menginjak 42 tahun.

Sekarang ceritanya, ramai pula DM (mesej langsung) ajak kahwin. Lawaknya.

“Ingat kahwin senang-senang, suka-suka. Takutlah, ” katanya.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Gadis Masa itu hanya menyerahkan soal jodoh kepada Illahi selain berseloroh akan merahsiakan perkahwinannya jika dia mendirikan rumah tangga kelak.

“Tak apa, saya tunggu Allah SWT aturkan atau pun saya kahwin tak umum.

Nak kahwin senyap-senyap saja lah,” selorohnya.

Sherry Ibrahim antara selebriti wanita yang kerap diasak pertanyaan bila mahu tamatkan zaman bujang.

Sebelum ini, bekas pramugari itu pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Fattah Amin selama dua tahun namun putus sekitar 2016.

Dia juga pernah dikaitkan dengan Ryzal Jaafar apabila menerima hadiah berupa jambangan bunga lili daripada pelakon itu ketika ulang tahun kelahirannya.  – HIBGLAM