Menuru Amin, situasi tersebut bercanggah dengan fenomena bertudung di Malaysia pernah yang pernah dicetuskan pelakon dan aktivis, Wardina Safiyyah.
“Dulu sejak Wardina, kita bangga bila ramai selebriti wanita berhijab.
“Sedih akhir-akhir ini makin ramai yang berhijab membuka tudungnya,” katanya dalam satu hantaran Instagram semalam.
Tambahnya, istiqamah dalam jiwa seseorang boleh tergugas sekiranya bertudung bukan kerana Allah SWT.
“Memang beza mereka yang berhijab kerana Allah, trend dan keturunan.
“Doakan hidayah buat mereka,” katanya lagi.
Amin bagaimanapun tidak menujukan perkongsian tersebut kepada mana-mana pihak.
Sejak kelmarin, media sosial kecoh apabila anak perempuan Datuk Nora Ariffin yang juga penyanyi Putri Dahlia, 21, mengakui sudah tidak lagi bertudung.
Namun, kenyataan Putri Dahlia yang bertudung sejak usianya enam tahun iaitu keputusannya mendapat sokongan keluarga serta lebih dekat dengan Allah selepas muncul dengan imej sebegitu mengundang kemarahan ramai. – HIBGLAM