Difahamkan selebriti berusia 57 tahun itu fokus berlatih vokal dan menjalani terapi fizikal bagi mengembalikan dinamik suara serta staminanya.
Setakat ini, Dion menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sudah mampu membawakan lagu bernada tinggi dengan baik.
Kesihatannya semakin pulih, suaranya kembali lantang, bahkan dia juga mampu beraksi hebat seperti dahulu.
“Pergerakannya juga baik berkat latihan intensif. Memang ada waktu sukar, namun semangatnya jitu,” kata sumber.
Pada Disember 2020, penyanyi lagu My Heart Will Go On itu pertama kali mendedahkan mengalami SPS menyebabkan otot kaku pada tubuh, lengan dan kaki apabila berdepan bunyi bising atau tekanan emosi yang mencetuskan kekejangan. – HIBGLAM