Perkara itu dikongsikan Fattah atau nama lengkapnya Abd. Fattah Mohd. Amin, 35, yang memuatnaik foto memegang tangan suri hatinya sambil meletakkan emosi pesawat dan lambang hati rona biru di laman sosial.
Tanpa sebarang kapsyen, kegembiraan wajah isterinya itu jelas menunjukkan momen membahagiakan bakal ditempuhi mereka sepanjang percutian tersebut.
Menguatkan andaian pasangan sensasi terbabit ke luar negara apabila gambar berkenaan dirakamkan di lapangan terbang dan dimuat naik beberapa jam lalu.
Sebelum ini, selepas majlis ijab kabul disempurnakan di sebuah hotel di Sepang pada 14 September lalu, mereka mengakui akan berbulan madu sambil bekerja.
Malah, difahamkan pasangan terbabit turut dijadualkan akan ke beberapa destinasi yang tidak dinyatakan kepada media pada wawancara terbabit.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tumpang teruja dengan menitipkan doa serta ucapan agar pengantin baharu itu selamat sampai ke destinasi.
“Selamat berbulan madu abang long dan kak long,” tulis seorang peminat.
“Semoga menikmati percutian yang indah,” komen netizen lain.
Sehingga ke hari ini setiap perkongsian Fattah dan Amira menjadi perhatian ramai, tambahan pula selepas aktor terbabit menggelar wanita dicintai sebagai isteri syurga. – HIBGLAM