‘Fattah lelaki sejati, nak kenal kakak jumpa keluarga kami dulu’

Irfan atau nama lengkapnya Irfan Haris Othman, 24, meluahkan rasa kagun terhadap Fattah yang berani bertemu keluarga besarnya.

Saya rasa permulaan perkenalan mereka adalah ketika konsert Siti. Apa yang saya kagum, Abang Fattah sendiri memilih untuk berjumpa keluarga kami.

“Itulah lelaki sejati, bila nak kenal seseorang, dia jumpa ibu bapa dulu. Malah, Abang Fattah bukan hanya bertemu orang tua saya, tetapi semua ahli keluarga,” katanya dalam sebuah siaran langsung.

Dalam masa sama, pelantun lagu Pesan itu berkata, hubungan cinta Amira dan Fattah berputik sejak bekerjasama  menghasilkan video muzik lagu Bila Nak Kahwin di London tahun lalu.

Tak silap saya, Fattah dan pengurusnya, Aca sedang menunaikan umrah. Masa itu, kakak saya hubungi Aca mengenai kandungan lagu Bila Nak Kahwin.

“Itulah pertama kali ‘move’ (langkah) Fattah. Dia kirim salam pada kakak saya buat kali pertama,” ujarnya lagi.

Irfan turut memaklumkan dia dan abang-abangnya menyifatkan Fattah sebagai lelaki baik, sesuai buat kakaknya.

“Tahun lepas, selepas Abang Fattah kembali solo, kami banyak melihat penampilannya dalam media sosial. Cara dia bercakap tenang, nampak baik dan matang.

Saya dan abang-abang setuju dia lelaki yang baik. Jadi kami sokong Amira untuk mengenali dia.

“Kebetulan masa itu kakak masih solo, kami cakap Fattah elok dan baik orangnya,” jelasnya.

Sebelum ini, Fattah dan Amira mula menjadi perhatian selepas penggambaran video muzik Bila Nak Kahwin di London, sebelum terlibat dalam beberapa projek bersama hingga timbul khabar angin percintaan.

Akhirnya, tiada lagi teka-teki apabila pasangan itu mengumumkan bakal bernikah Ahad ini, bertepatan dengan tarikh ilahir heri drama Suri Hati Mr. Pilot itu.

Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 sebelum disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. – HIBGLAM