Chloe Lim mahu ulangi kejayaan Sandra Lim di pentas Miss Universe 

Chloe menewaskan 15 finalis lain dalam merebut gelaran yang diidamkan ramai wanita itu.
Sebagai pemenang, Chloe membawa pulang mahkota bernilai RM200,000 berserta wang tunai berjumlah RM50,000.
Tempat kedua pula diraih Priya Simmi manakala tempat ketiga pula menjadi milik Jen Lin.
Chloe sewaktu ditemui ketika sidang media berkat, dia mahu meneruskan legasi yang ditinggalkan pemenang tahun lalu iaitu Sandra Lim yang berjaya menempatkan diri dalam Top 30 Miss Universe 2024.
Sandra telah meninggalkan legasi yang memuatkan seluruh rakyat Malaysia bangga dengan pencapaiannya.
“Saya berjanji akan berikan yang terbaik untuk Malaysia tidak kira betapa sukar perjalanan yang bakal ditempuh,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kebangsaan Miss Universe Malaysia, Charissa Chong berkata, pihak organisasi akan melakukan persiapan terbaik untuk memastikan wakil Malaysia meneruskan prestasi cemerlang di pentas Miss Universe 2025 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand November depan.
“Pelbagai aktiviti telah pun diaturkan untuk Chloe termasuklah menghadiri persidangan bersama menteri serta melakukan kerja-kerja sosial bersama komuniti Orang Asli.
“Kami juga akan menyediakan latihan yang rapi untuk ‘catwalk’ serta tatarias sebagai persediaan menghadapi Miss Universe di Thailand nanti,” kongsinya. – HIBGLAM