Belum tayang, Ibu Aji sudah ‘panas’

Selepas meraih populariti menerusi drama Bidaah, Keluarga Itu dan Perempuan Itu, Erma sekali lagi menjadi bahan bualan ramai apabila bakal muncul dengan naskhah terbaharu berjudul Ibu Aji.

“Kerana ilmu sesat pun orang sanggup apatah lagi kerana duit.

Zaman sekarang duit boleh beli semua termasuk maruah. Nantikan Ibu Aji hanya di Karya Reels,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Drama arahan Amor Rizan itu dibintangi Ellie Suriaty dan Fazlina Ahmad Daud. – HIBGLAM