Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia

Khabar duka itu dikongsikan Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, menerusi hantaran di Facebook.

Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya, Azmi (Abe Mie USM) menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.

“Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, beramal soleh, solehah dan ahli syurga. Amin,” tulisnya.

Menurut pelawak itu, jenazah bapanya akan disolatkan di Masjid Desa Rahmat pada pukul 9 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali, Kubang Kerian.

Begitupun, katanya sebarang makluman lanjut berkenaan urusan pengebumian akan dimaklumkan melalui laman sosialnya.

Pada masa sama, Amir juga pelakon dan pengacara turut menzahirkan penghargaan terhadap mereka yang mendoakan bapanya

Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah abah saya,” katanya.

Pada pertengahan Julai lalu, Amir mendedahkan bapanya menghidap kanser usus selain semakin uzur serta lemah.

Dalam satu temu bual bulan lalu, dia menyatakan bapanya sudah tidak mampu berdiri, mudah terjatuh dan memerlukan pengawasan rapi. – HIBGLAM