Trauma ‘turbulence’, ada tip kurangkan rasa takut? – Intan Najuwa

Lebih mencemaskan, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28 berkata, penerbangan kali ini bukan keseorangan, sebaliknya bersama permata hati tersayang, Imane Lunara.

“Kali terakhir saya naik kapal terbang, saya sedang sarat mengandungkan Lunara.

Ketika itu, cuaca sangat buruk dan gelora udara (turbulence) terlalu kuat sampai saya benar-benar trauma,” tulisnya dalam Threads.

Jelas pelakon drama Racun Rihanna itu, detik mencemaskan tersebut kekal terpahat dalam benak fikiran hingga menimbulkan keresahan untuk penerbangan jarak jauh yang dijadualkan minggu hadapan.

Saya masih ingat betapa takutnya saya masa tu dan sekarang kami akan terbang lagi minggu depan, kali ini perjalanan jauh dengan Lunara.

“Jujurnya, rasa cemas tu sangat kuat, anxiety tu macam datang semula,” ujarnya.

Intan juga turut meminta pandangan dan tip daripada orang ramai untuk mengurangkan rasa takut agar percutian kali ini dapat dinikmati tanpa panik dan keresahan.

Ada tak tip atau cara untuk kurangkan rasa takut bila naik kapal terbang?

“Saya betul-betul nak enjoy perjalanan kali ni, bukan panik sepanjang jalan. Orang lain teruja nak pergi bercuti, saya pula rasa takut,” luahnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman dan petua masing-masing bagi menenangkan hati si ibu muda itu.

Baca doa banyak-banyak, Insha-Allah hati jadi tenang. Kalau boleh, elak duduk dekat bahagian ekor kapal. Bahagian tengah lebih stabil,” komen seorang netizen.

“Bawa mainan Lunara, supaya boleh fokus urus dia dan tak fikir sangat tentang turbulence,” tulis peminat.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Imane Lunara, yang dilahirkan pada 15 Disember lalu. – HIBGLAM