Farahdhiya atau nama lengkapnya, Nur Farahdhiya Mohd. Amin, 41, berkata, antara punca tidak menyemak mesej langsung (DM) adalah disebabkan gangguan seumpama itu.
“Saya malu melihat sikap orang di sekeliling kita, di dunia yang kita diami ini. Terlalu ramai yang miang dan sakit mental.
“Sebab inilah saya jarang buka serta semak DM saya,” tulisnya dalam hantaran di Threads.
Pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu turut memuat naik tangkap layar mesej yang menyatakan fantasi mahu menjilat tapak kakinya.
Pendedahan tersebut mencetuskan kejutan dalam kalangan pengikut selebriti berdarah campuran Melayu-Inggeris itu.
Selain bersimpati dengan situasi dilalui, ada juga menyarankan Farahdhiya mendedahkan wajah individu berkenaan agar jadi pengajaran.
Bahkan ramai memintanya membuat laporan polis terhadap gangguan seksual dalam talian yang dihadapinya.
“Menakutkan. Individu begini perlu didedahkan agar orang lain pun berhati-hati,” kata netizen.
“Dedahkan wajahnya dan laporkan sahaja kepada pihak berkuasa,” tulis pemilik akaun lain.
Begitupun, ini bukan kali pertama Farahdhiya berdepan gangguan individu sebegitu kerana sejak dulu dia antara yang sering dijadikan sasaran.
Bahkan, sebelum ini menyatakan kiriman gambar atau pesanan kurang sopan membuatkannya dia menjadi takut dan terlalu berhati-hati mengenali seseorang lelaki. – HIBGLAM