Dalam hantarannya, Rebecca, 39, meluahkan keredaannya terhadap perpisahan itu selain mendoakan kesejahteraan suaminya yang selama 18 tahun berkongsi hidup bersama.
“Assalamualaikum, 18 tahun kami bersama. Semoga Allah memberkati kamu dengan kesihatan dan kemewahan.
Terima kasih untuk memori 18 tahun ini, kita sudah cuba yang terbaik tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang,” luahnya.
Bukan itu sahaja, pelakon filem Embun itu turut menukar bio Instagram kepada kapsyen ibu tunggal tujuh anak sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai.
Ruangan komen hantarannya juga dibanjiri doa serta rasa simpati netizen.
“Ya Allah, moga Rebecca terus tabah demi anak-anak, kalau betul cerai, moga terus kuat,” komen netizen.
Kalau benar berpisah, semoga ada jalan terbaik buat kalian berdua, berpisah tak semestinya bermusuh,” tulis pengikut.
“Sedih baca kapsyen tersebut, semoga Rebecca bahagia walau apa pun ujian,” coret pengguna media sosial.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011.
Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata dan turut membesarkan seorang anak angkat, Nor Adam Daniel yang berusia 16 tahun. — HIBGLAM