‘Sudah tentu mahu menang, anugerah ini untuk peminat’

Menurut Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, tercalon dalam kategori tersebut dan mana-mana anugerah tempatan bukan menjadi satu kewajiban dalam kamus kerjaya seninya.

“Sejujurnya itu di luar bidang kuasa dan kawalan, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak.

Tahun ini mungkin tiada rezeki saya dan peminat, tak mengapa sebab sebelum ini Anugerah Meletop juga pernah memberikan penghargaan kepada saya.

“Namun, sekurang-kurangnya masih ‘tersangkut’ dengan satu kategori iaitu Grup/Duo MeleTOP bersama Fabio Asher untuk lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2025 di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia berpendapat tiada keperluan untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur berhubung perkara tersebut.

“Mereka berhak untuk mencalonkan sesiapa.

Kita sokong semua penyanyi yang tercalon dan ini bukan penghujung dunia,”katanya lagi.

Mengulas mengenai wujud segelintir pihak yang berpuas hati apabila namanya tidak tercalon dalam mana-mana kategori untuk sesebuah anugerah, Aina memberitahu perkara tersebut juga di luar kawalannya.

“Itu terserah kepada mereka nak cakap apa sebab dalam karier saya dan setiap penyanyi sekalipun, tidak akan ada semua orang suka atau membenci kita.

Allah SWT itu Maha Adil, jadi bagi saya, yang tak suka dan mendoakan kesedihan saya, saya mendoakan yang baik-baik saja untuk mereka,” ujarnya.

Sementara untuk Anugerah Melodi Terhangat 2025 yang bakal berlangsung esok, Aina tercalon menerusi kategori Selebriti Ikon Terhangat dan Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat di AMT 2025

Dia juga berharap dapat menjulang trofi sebagai simbol apresiasi terhadap dedikasi dan usaha ditunjukkan peminatnya.

Sudah tentu saya mahu sebab anugerah ini untuk peminat yang sentiasa menyokong walaupun mungkin tahun ini formula saya agak lewat tapi mereka tetap setia menunggu lagu saya.

“Terima kasih kepada peminat saya dan harap ada rezeki mereka pada malam Ahad nanti.

“Mereka yang gigih mengundi, saya hanya jadi medium untuk mereka ‘exercise’ tangan,” jelasnya. – HIBGLAM