Sedapnya lagu Doraemon versi Arab!

Bukan sahaja menyanyikan, dia juga merakam video lagu tersebut dan dimuat naik dalam TikTok.Paling menarik perhatian pastinya kemunculan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie yang digelar Nobita dalam video tersebut yang berjaya mencuit hati ramai.

Lagu tema Doraemon tetapi dialih kepada bahasa Arab.

“Bersama artis jemputan saya, Nobita Chan,” katanya.

Selain nyanyian Syasya juga dipuji, netizen juga terhibur dengan gelagat Nasrullah.

Alahai terkejut dengar lagu Doraemon dalam bahasa Arab tapi sedap!

“Comelnya pasangan ini, Nobita dan Sizuka ‘in real life’!” komen netizen. Video tersebut meraih lebih 2.2 juta tontonan dan 230,000 tanda suka. – HIBGLAM