Karya hasil sentuhan Ade Govinda tersebut berjaya menambat hati ramai selain menyifatkan Menamakanmu Cinta sebagai luar biasa.
Apa sahaja yang Ade cipta memang tidak pernah mengecewakan, kali ini pun ‘power’.
“Kolaborasi pula dengan Siti, jiwa lagu ini sampai terus ke hati,” kata netizen.
Difahamkan, lagu Menamakanmu Cinta merupakan hasil kolaborasi pertama Ade dengan Siti.
Rata-rata peminat berharap akan lebih banyak karya hebat dihasilkan dan menggabungkan dua individu itu. – HIBGLAM