Lama simpan cerita, saya hamil tiga bulan – Uyaina

Demikian perkongsian pengacara Uyaina Arshad yang memaklumkan kini hamil anak ketiga.

Pada masa sama, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arsha, 33, menjelaskan kehamilan kali ini bukan dirancang namun merupakan rezeki daripada Tuhan.

“Bukanlah setiap tahun pun saya hamil cuma selang dua tahun sahaja.

Anak pertama pada 2022, anak kedua 2024 dan insya-Allah anak ketiga ini akan lahir 2026.

“Sebenarnya kami (Uyaina dan suami) tak rancang pun, ini semua pemberian Tuhan,” katanya dalam sebuah video.

Menerusi video tersebut Uyaina dilihat menemu bual dirinya sendiri menerusi watak rekaan bernama Uyaini.

Bekas hos Wanita Hari Ini (WHI) itu turut menyatakan kehamilan terakhir untuk menambah bilangan ahli keluarga.

Mengikut perancangan kami, insya-Allah ini (kehamilan) yang terakhir,” ujarnya pendek.

Sebelum ini, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.

Mereka memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, setahun. – HIBGLAM