Kalau ada jodoh insya-Allah, perbaiki kesilapan – Siti Jamumall

Dalam masa sama, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, bersyukur sepanjang melalui fasa perpisahan dan perbicaraan, banyak hikmah serta pengajaran yang membuka ruang positif dalam kehidupannya.

“Apa yang saya faham berbeza sebab bila pergi kursus kahwin  ada belajar juga.

Tapi apa yang dikatakan Aiman untuk ada harapan, bagi saya doa saja yang baik-baik.

“Apa yang berlaku sejak tiga bulan lalu (Mei) sehingga hari ini, banyak hikmah yang saya dapat,” katanya kepada HibGlam hari ini.

Tambah Siti, dia memilih untuk tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya mahu terus melangkah ke depan dengan pemikiran yang lebih positif.

“Saya tak nak pandang mana-mana yang buruk berlaku sebelum ini sebab itu perkara lepas.

Allah dah berikan terbaik dan jalan ini kalau boleh saya simpulkan lebih positif, dapat kawan positif.

“Tiada hak atau salah pun kalau ada jodoh insya-Allah sebab nak jawab sekarang pun tak boleh.

Fokus saya adalah anak ada dalam kandungan, nak memastikan anak dilahirkan dengan selamat serta dibesarkan dengan baik,” ujarnya.

Selain itu, Siti juga bersedia memaafkan Aiman dan akan memperbaiki diri.

Saya tidak kejam dan mudah memaafkan, apa yang berlaku itu biarkan, akan datang kalau ada peluang kita akan bincangkan cuma agak panjang sikit.

“Perbaiki mana boleh malah saya sendiri akan perbaiki kesilapan dan kekurangan,” jelasnya.

Siti hadir ke mahkamah bagi prosiding perbicaraan penuh lafaz cerai suami bersama peguamnya, Mohamad Zaid Abdul Aziz.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini menetapkan 29 Ogos ini sebagai tarikh penghujahan bertulis, manakala 22 September depan untuk keputusan kes pengesahan lafaz cerai pasangan pempengaruh media sosial itu.

Sebelum ini, berlaku ketegangan antara Aiman dan Siti pada 15 Mei.

Tindakan Aiman melafazkan talak teehadap Siti disaksikan lebih 25,000 penonton yang sedang menonton siaran langsung dalam media sosial Siti. – HIBGLAM