Pempengaruh berusia 23 tahun itu tampak terlalu gembira dan memberi semangat kepada teman lelakinya yang berasal dari negara itu.
Sudah namanya acara umum, aksi ciuman mereka kemudian tular selepas dikongsikan dalam sebuah akaun TikTok.
Memang teruklah Yazmin itu dikecam, ibaratnya macam peluru ‘machine gun’ yang tidak tahu berhenti.
Sudah tentu ada netizen marah kerana Yazmin seolah-olah terlupa bahawa tindakan sebegitu lari jauh daripada budaya orang Melayu, selain dilarang agama apatah lagi depan khalayak ramai.
Begitupun, masih ramai menganggap ciuman kepada insan dicintainya sebagai perbuatan comel dan manis.
Daripada carian, video kucupan tersebut sudah dipadam, telah hilang dari radar. Mungkin Yazmin sudah sedar kekhilafannya.
DIVA: Reda nampaknya isu rockstar Datuk Amy dan Shila Amzah. Berhentilah melalak.